Tuesday, April 14, 2015

kerja

pejam , celik , pejam , celik ,
Alhamdulillah dah setahun lebih aku bekerja .
actually pernah je before this bekerja .
but , pepaham jelah kan kalau kerja macam tue je .
less than a year , almost six months macam tue .

seingat aku , aku start macam berazam nak cari kerja tetap before aku kena pergi PLKN dulu . dah pasang niat dah nak cari kerja lebih elok au . tetiba kena panggil PLKN . babun betei -.-
but , who knows ? 
yap , Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kau .
Alhamdulillah aku dapat kerja kat Koperasi Makmur Melaka Berhad (KOPERMA)
mula bekerja since 3/3/2014 till now :]

yang kekonon nak tutup muka tapi mampu 
tutup mulut memalu tue aku le tue :p

kerja .
hm , bagi aku , takde yang tak stress .
even kau kerja cuci jamban pun , sure kau akan stress .
but , semua itu yang akan mematangkan kau .
selama aku kerja kat KOPERMA nie ,
oh ye , aku kerja bahagian kewangan & pentadbiran .
macam bahagian akaun nie , hah aku la yang kat bahagian tue :]

tapi , so far aku rasa semua kerja aku dah pernah 'rasa' .
maksud aku pernah 'rasa' is , even kerja bos aku pun , 
Alhamdulillah aku dah pernah tolong buatkan .
kerja staff lain tue pun sama aku dah pernah 'rasa' .
kekadang , eh jap rasanya macam dah selalu , ada je staff lain jabatan kat sini
dok tanya aku ,

eh kerja bos kau tapi kau yang buat nie , baik ko je jadi bos

eh apesal ko buat kerja dorang pulak ? dah satu kerja lain kau nak siapkan

kalau sesuatu kerja tue yang mana dah memang bukan dalam skop kerja kau tapi kau kena buat , mesti kau akan persoalkan , kan ? 
kalau kau tak pernah persoalkan , hah itu kau tipu la hahaha
aku memula alami benda yang sama macam nie . 
kerja orang lain tapi kau kena siapkan .
sampai sekarang , even bukan kerja kau , kau dah lali buat .

memula tue memang aku persoalkan la . tapi dah lelama , aku tanya pada diri aku sendiri ,

kalau bukan kau yang buat , nak harapkan dia yang buat , entah sampai bila masalah nak selesai ? setahun ? dua tahun ? makan masa oh

so , sekarang nie , sampai ada kakak kat jabatan lain kata kat aku ,

kau nie multi-purpose punya orang . stok uitm memang multi-purpose ea ?

haaa , dah ada orang cakap macam tue kat kau .
kau rasa ?
*angkat kening*

umur dah makin meningkat ,
dah sampai masa bagi aku cari pengalaman lebih .
memang la memula kau akan macam 'merungut' SIKIT .
tapi bila dah lelama , kau akan sebati .
pape pun , niat dalam hati yang kau kena check balik

bak kata orang ,
bersusah-sudah dahulu , bersenang-senang kemudian .

sekarang aku pegang satu je perkara ,
biarlah orang nak persoalkan orang lain punya kerja tak siap ke apa .
janji , kau siapkan kerja kau .
even kau tolong siapkan orang lain punya kerja ,
MAKE SURE kerja kau , kau siapkan dulu .
in sya Allah , kau permudahkan kerja orang lain ,
Allah kan ada . Dia selalu ada .
kau tak payah harapkan orang lain senangkan kerja kau .
Dia ada ;]

so , buat sesiapa yang baru mula kerja , selamat menempuh alam pekerjaan .
buat yang masih berfikir untuk bekerja , Istikharah .

semoga segalanya Allah permudahkan
Aamiin

saya di kerusi pejabat saya :p