Saturday, June 27, 2015

pahala vs dosa

bila difikirkan tentang amalan yang kita mesti "tuai" untuk dibawa ke alam sana , aku dok fikir tentang lubok pahala lain sebagai amalan .

sedekah .

pernah difikirkan jugak untuk buat satu buku tentang segala apa yang pernah aku sedekah . lelama , tak terbuat untuk ditulis segala sedekah . bukan bermaksud banyak sedekah aku buat . tapi , tetiba ada satu lagi lain 'suara' dalam hati yang berkata ,

"cuba kau tulis pahala yang kau buat dan catit juga segala dosa yang kau buat"

hm . terkedu . pena pun terhenti dan tak lagi berlari untuk menulis .

sekarang , biarlah memang tugas Malaikat untuk mencatit . 
semoga amalan belah kanan lebih banyak dari belah kiri .
in sya Allah .
Aamiin .