Sunday, August 30, 2015



aku wujud hasil dari sebuah hubungan kasih sayang . aku tercipta pun dari kasih sayang Dia . nama aku juga pun bermaksud kasih sayang . maka , tanpa ragu , aku tetapkan matlamat dan menjadi pegangan dalam hidup aku untuk kasih sayang .

walaupun terkadang kasih sayang itu ada perit , dan sampai tak tertampung hati untuk menahan , aku berbalik pada Tuhan yang sentiasa ada dan Dialah punca kasih sayang . dan kemudian aku kembali gagahkan diri dan hati untuk kasih sayang .

mungkin , manusia hanya menilai aku dari sudut aku hanya mengejar kasih sayang seseorang . tapi , mungkin manusia tak nampak kasih sayang Dia yang aku pegang . ya , kejar kasih sayang Dia , kita dapat kasih sayang yang kita mahu . aku takkan minta sesuatu dari Dia kalau Dia tak redha kasih sayang sesuatu itu semata demi Dia .

kasih sayang ,
kalau aku melukakan ,
maaf kerana aku bukanlah seperti yang kau inginkan .
nak kata aku jiwang ?
bukan . . .
kau tak faham :]
nanti Tuhan terangkan