Thursday, August 11, 2016

Bismillah...


Bismillahirahmanirahim :']
(dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

8.30 malam , 11/8/2016 , Khamis , di pejabat

Tuhan ,
tengah asyik aku fokus pada kerja, aku terpandang pada fon aku. dilihatnya pada apps Whatsapp, tertera notification dari kakak sulungku.

dicurah dan diluah perasaannya atas kemahuan yang telah aku putuskan dan dengan nekad. sebak dan sedih perasaannya. sesebak dan sesedih apa yang kakak aku rasakan, lebih teruk dari itu yang aku rasakan.

Tuhan ,

salahkah aku berdoa untuk masa depan aku? salahkah aku mohon petunjuk dari-Mu atas apa yang bakal aku hadapi? jiwa terkadang buntu. egokah aku untuk pertahankan apa yang terbaik buatku? seteruk-teruk manusiakah aku kerana ingin mempertahankan apa yang Kau 'tunjukkan' pada aku?

Tuhan ,

maafkan aku jika aku mengecewakan ayah dan emakku. tapi, tiada lain yang aku pinta melainkan untuk meneruskan tekad dan nekad dihati untuk perkara "yang satu" ini sahaja, Tuhan.

hanya Engkau yang tahu :'[ 

Tuhan ,

seperti yang Engkau tahu, keluarga aku bukanlah datang dari keluarga yang senang. tapi ada senang, dan ada kalanya susah. 

Tuhan ,

nekad yang aku lakukan ini, dengan nama-Mu, Ya Allah, bukanlah untuk kebaikan diri aku. semuanya hanyalah untuk ayah dan emakku :'] 

diluah mati mak. ditelan mati bapak. ya, itu yang aku alami dan aku rasai sekarang ini. tapi, aku yakin Kau selalu dan KAU AKAN bantu aku :'] 

kakak aku kata aku "ego". tak mengapa, Tuhan. aku redha dan hati aku boleh terima kerana dia tak mengerti. aku tahu suatu hari nanti Kau akan buat dia faham :'] 

Tuhan ,

tiada lain yang aku harapkan kini, hanya pertolongan dari-Mu :']
jenis manusia seperti aku, menjauhkan diri bukanlah kerana ingin mengelak dari masalah. tapi, aku tak nak mengeruhkan lagi keadaan dan mungkin akan membangkitkan pertelingkahan. seperti kata kakak aku, aku menjauhkan diri seperti ingin membuang family. tak mengapa, dia belum mengerti. mungkin dia belum tahu apa yang selama ini aku korbankan untuk family aku sendiri :']

"mah, tolong **** boleh?"

"mah, bil dah sampai. tolong bayarkan untuk **** boleh?"

"mah, ada duit lebih? aku nak pinjam, boleh?"

"*****, owg takde duit. tolong owg boleh? tapi jangan bagitahu ayah au. tak nak ayah risau"

Tuhan ,

selama aku tolong keluarga aku sendiri, walaupun untuk masa sekarang, wajarkah untuk kakak aku berkata bahawa aku tidak pentingkan emak dan ayah? wajarkah mereka berkata aku tidak mementingkan keluarga? aku bukan nak mengungkit. bukan juga niat untuk memalukan keluarga sendiri. tapi, aku betul-betul tak sanggup nak lepaskan keluarga aku, terutama mak dan ayah kalau keadaan masih macam ini :'[ aku tak kesah semua simpanan aku perabis ke keluarga. sebab bagi aku, mereka la aku punya nyawa

mungkin yang tidak selalu di rumah tak tahu apa yang terjadi di rumah. ya, mak ayah takkan tunjukkan sedih dan apa masalah mereka di depan anak-anak mereka. tapi, kalau anak ada lima, setiap seorang anak, apa yang diluah oleh mak ayah, pasti tak sama :']

tak cukup aku korbankan untuk keluarga, begitu juga untuk kerja :'] walau banyak mana dugaan yang aku terima, aku cekalkan hati ini, Tuhan. sebab Kau suka pada hamba-Mu yang berusaha. Kau sayang pada hamba-Mu yang sabar juga :'] aku akan pegang setiap kalimah yang sedia Kau coretkan dalam Kitab yang sampai bila-bila untuk aku rujuk sebagai sandaran jiwa. aku memilih untuk terus berbakti kepada keluarga aku sendiri. untuk berkongsi hidup dengan manusia selain darah daging aku sendiri, belum masanya...

aku tak jadikan bebenda kat atas tue sebagai alasan untuk aku teruskan 'nekad' itu. disamping itu, dalam SETIAP apa yang aku lakukan, aku berbalik pada-Mu, Tuhan :'] berdoa yang terbaik. berdoa, berdoa, berdoa, dan terus berdoa :'] walaupun apa yang Kau tunjukkan pada aku, kebanyakkan sangat-sangat meruntun jiwa :'[

kepada keluargaku,

jangan dirisau pada diri ini. aku masih berpegang pada Islam, Al-Quran dan Sunnah Nabi yang selama ini tersemat, terpahat dan masih diamalkan :'] kepada yang ingin menuduh kerana diri ini kepada bebenda atau perkara yang negatif, teruskanlah menuduh dan membuat pelbagai andaian. sentiasa la beringat, manusia itu tidak sempurna dan setiap manusia itu ada 'jalan' yang berbeza kerana takdir, rezeki, jodoh, ajal yang ditentukan oleh Allah untuk setiap manusia itu sememangnya berbeza.  

Tuhan ,

tiada lain yang aku harapkan selain difahami oleh keluarga aku sendiri. aku dah maklumkan kepada emak dan ayahku mengenai nekad aku ini. cukuplah dengan memaklumkan. aku tak perlukan perbincangan sebab walau macam mana apa pun yang nak diubah, aku nekad dan takkan mengubah setiap keputusan yang aku putuskan.

perkara ini mungkin mengambil masa untuk setiap antara kita untuk terima. tapi, aku pasti suatu hari nanti Kau akan permudahkan dan ada hikmah yang tersembunyi.

nekad yang telah dinekadkan ini,
mungkin sampai ada hati yang sukar untuk mengerti.
akan ada hati yang terasa disakiti.
tapi aku pasti,
semua yang aku buat,
Lillahi.
demi-Mu, Illahi...

dari ,
hamba-Mu yang sentiasa mencintai-Mu sepenuh hati :']