Wednesday, September 14, 2016

AidilAdha 1437H

Assalamualaikum :]

Hi, remot213's reader!
Im back :]

Alhamdulillah Im still alive, masih dalam lindungan Tuhan, dan masih Rahmah yang suka menaip blog :] btw , today hari last takbir untuk Raya AidilAdha, kan? so, dikesempatan ini, saya, Rahmah binti Sa'ari ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua yang mengenali diri ini. ceyh, ayat nak skem-A :p

so, apa story nak dicoretkan kali ini ya? mmm...mmm...mmm...
okay, kita bukak cerita yang relate dengan raya haji la ea?
the things is, sacrifice. dalam bahasa melayu, pengorbanan.

berbalik pada post sebelum ini, berkaitan dengan "nekad yang satu".
straight to forward, actually post tue berkenaan dengan nekad aku untuk putus tunang.
hm

jahatkan aku sebab putus tunang? but, walau macam mana dan walau apa pun yang akan diperkatakan oleh orang ramai termasuk ahli keluarga aku, aku nekad dengan keputusan aku. sebagai tambahan, actually, demi Allah, bukan mudah bagi aku nak buat keputusan tue. situasi berlaku pada awal bulan Ogos 2016. its not easy. I repeat, its not easy to me. yang paling penting, aku banyakkan berdoa. ya, saya ulang, saya banyakkan berdoa. solat tue pula, banyak jenis solat saya dah buat dan sehabis baik saya cuba pertahankan hubungan nie dan SEMUANYA TAK MISS MOHON PETUNJUK DARI ALLAH S.W.T. dan, "petunjuk" yang aku dapat, tetap sama.

dalam serabut dengan kerja dan beberapa masalah, aku gagahkan diri untuk tempuh. ya, memang ramai yang terkejut bila aku dah cukup kuat untuk beritahu kepada sesetengah pihak. I repeat, its not easy. sampai makan, bilik, semua serabut. I cant imagine how messy I was on that time.

tapi,
pape yang jadi, 
aku tetap yakin yang Allah akan permudahkan.
dan aku percaya, setiap apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu.

tak lama lepas cincin dan semua yang dah dipulangkan, 
aku bersyukur sangat-sangat sebab segala apa yang jadi, smooth je Allah aturkan.
segala apa yang diserabutkan sebelum nie, Alhamdulillah Allah permudahkan.
bukan nak kata putus tunang tue suatu yang baik, tapi, sebabkan hikmah disebaliknya aku tak tahu, tapi aku redha seredha-redhanya yang Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

slowly, family aku dapat terima semua yang jadi.
kerja pun Alhamdulillah makin okay.

aku masih aku :']

aku masih diri aku yang sentiasa cuba bertahan walau apa jua dugaan dan rintangan yang melanda diri aku. aku masih diri aku yang masih letakkan Allah itu yang pertama. dan aku masih diri aku yang sentiasa mementingkan keluarga aku juga. Alhamdulillah, semua yang baik-baik datang dari Allah :'] yang buruk datang dari diri aku sendiri. 

untuk konteks Pengorbanan sempena AidilAdha kali nie,
aku dedikasikan kehidupan yang sangat mencabar (putus tunang) yang aku alami nie kepada diri aku sendiri.
yang menjadikan diri ini menjadi seseorang yang lebih matang, dan, mungkin lepas nie diri nie akan ada "fobia" dalam memilih teman hidup :'] haha untuk ini, biarlah diri nie simpan sendiri dan menjadi rahsia dengan Illahi.

pengorbanan. 
apa yang awak tahu tentang pengorbanan?
cikgu pernah kata, kalau kita nak buat pengorbanan, korbankanlah apa yang kita sayang.
tapi, bergantung juga apa yang disayang tue.

kalau aku, aku akan korbankan apa?
hahaha soalan cepumas nie :p

cinta.
ya, itu yang aku korbankan :']
cinta kepada manusia.

Tuhan,
semoga aku mendapat redha dari-Mu untuk apa yang sudah aku korbankan ini.
Aamiin

lepas putus tunang hari tue, banyak kata-kata semangat yang masuk kat feeds Facebook berkaitan kekuatan. kat Twitter pun tak kurang hebat jugak kata-kata semangat yang aku dapat. yang paling aku tertarik, satu ayat nie:

manusia merancang dengan cita-cita . Allah merancang dengan cinta

gittewww ~ hahaha
sweetnya Tuhan aku Yang Satu nie <3

tahun nie umur aku dah 25 tahun. haha besar dah, kan? orang kata dah dewasa. wuuu cepatnya masa berlalu. tapi jauh lagi perjalanan sebenarnya :']

semoga Rahmah binti Sa'ari sentiasa kuat untuk menempuh segala dugaan dan rintangan yang Allah berikan. Allah tak uji hamba-Nya jika Dia tahu hamba-Nya tak mampu. semoga terus tabah berbakti kepada mak, ayah, dan keluarga (in sya Allah, Aamiin). semoga tabah juga dengan dunia pekerjaan (start 16/9/2016 dah buat dua kerja). dan yang lebih penting, semoga sentiasa dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Allah S.W.T.. 
in sya Allah, Aamiin

berjalan di bumi Tuhan, semata-mata untuk mendapat Dia punya keredhaan
bukan semata demi diri punya kepuasan
tapi biarlah seiring dengan rahmat Tuhan
agar diri mencapai segala-gala yang diimpikan

Misi 2017:
1. habis bayar duit PTPTN 
2. dalam bank ada RM100,000.00 
(nak hadiahkan mak ayah tiket pergi Haji)

Misi 2018:
1. pergi Umrah 
(kalau ada rezeki, dapat pergi Haji dengan mak ayah termasuk pakej boleh bawa ayah masuk Palestin)
2. pergi Turki
3. pergi Rio

untuk waktu sekarang nie, segala tenaga dan keringat aku semua aku fokuskan pada mak, ayah, keluarga dan Aina Shazwani (adik angkat). aku tak kesah dah apa orang nak kata. kalau ikutkan apa orang nak kata, sampai bebila tak boleh nak puaskan hati dorang. hidup aku nie untuk Tuhan. bukan untuk manusia.

so, untuk sesiapa yang sudi doakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk saya, Rahmah binti Sa'ari, hanya Allah yang mampu membalasnya. dan semoga doa-doa kalian yang bebaik itu diterima Tuhan dan dua kali ganda Allah kembalikan doa-doa yang baik tue kepada kalian :'] 

sekian.

Salam Kasih, 
Rahmah binti Sa'ari a.k.a. remot213
14/9/2016, Rabu





p/s : lagu Terus Mencintaimu dah bertukar ke lagu Jangan Bersedih Lagi.
so, jangan bersedih lagi, okay ? :'p hahaha