Monday, October 24, 2016

should I ?

today tahap kesabaran aku dalam bekerja memang dah bebetul berada di puncaknya. entah la, rasa tak dihargai pun ada jugak. bukan lebihnya kepada tak dihargai. tapi, entah la, kekadang bekerja nie kita tak boleh terlampau push. contohnya, kerja yang diberi hari nie, kalau boleh esoknya nak disiapkan. ESOK jugak! ESOK! and one more, kalau bekerja tue, jangan la TERLAMPAU harapkan SEMUANYA PERFECT. like hello, manusia SEMUANYA tak sempurna okay. memang la siapa je tak nak kerja semua sempurna, kan? but, sendiri faham la, DIRI KAU, DIRI KAU. ORANG LAIN, ORANG LAIN la. hm. entah la. dah lama bersabar. sampaikan tahap masa 'dapat' call petang tadi (BARU BALIK MESYUARAT), KENA HENTAM LAGI. I reapeat, KENA HENTAM LAGI! PADAHAL BUKAN SALAH AKU LA WOIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

masalah kerja daripada pengurusan yang lama belum settle, lepas tue DITAMBAH lagi kerja baru. hm entah le. sometimes aku terfikir "aku nie robot ke manusia ea?" "aku nie memang dilahirkan untuk cuci tahi orang ea?" "aku nie memang selalu macam jadi kambing hitam ea?" "aku nie dah berapa lama kerja ea? sampaikan semua kerja yang kena buat SEMUANYA MACAM AKU DAH PRO" -.- damn. suck.

so,
shoud I leave? or should I keep holding on?

hm.
entah la.

but,
SETIAP KALI aku rasa macam nak putus asa,
hati aku terus macam kena paku dengan SATU soalan,
"ingat lagi tak NIAT kau even SEBELUM kau bekerja kat tempat yang sekarang kau bekerja?".

balik kerja tadi, hm actually ada la meleleh sat even lagi 100 meter nak sampai rumah (benti kereta kat tepi playground). lepas on call dengan cik sambla pasal staff, terus tak jadi nak meleleh. dengan beg still melekat kat belakang badan, terus aku g kat mak yang tengah duduk kat meja yang ada kat ruang tamu rumah.

mak, jhhexfuhukfhugugfukxufruxyuyfurxyuryfuryxufrfyr (cerita apa yang jadi today)

lepas dah cerita kemain panjang berjela mengalahkan pak cik kalau tebar roti jala pun dah boleh siap satu baldi tepung. then, satu je ayat mak yang AKAN AKU INGAT SAMPAI BILA-BILA,

mak tak dapat bayangkan apa jadi dengan k***** kalau kau takde nanti.

hm.
ayat mak simple. tapi padu.

DIRECT, aku teringat ayat yang sama itu (ayat kat atas, warna merah).

shoud I leave? or should I keep holding on?

soalan yang simple.
tapi boleh buat throwback to 3/3/2014 (date aku mula kerja kat tempat yang sekarang).

tapi tue la, memang kuat effect NIAT tue ye, anak-anak.
sampaikan dalam kereta tadi, si 'penenang' hati aku sempat berpantun. 
haaa, kau hado?
nan hado kan kan kan? KAHKAHKAH!
okay, pantunnya berbunyi begini,

dari NIAT, datangnya SEMANGAT.
dari SEMANGAT, datangnya KUAT.
-24/10/2016 21:12-

sekian, 
adios.