Tuesday, April 4, 2017

'dia' di alam sana

now its 05.01am, baby. baru selesai juga menumpangkan dahi di atas 'tikar' yang selalu disujudkan tanda perhambaan pada-Nya.

Alhamdulillah diberi peluang terjaga. walaupun mungkin 'lewat' mendapat sepertiga malam, tapi masih bersyukur kerana dikejutkan jam empat angka.

sebelum terjaga, berjumpa aku dengan seseorang di alam sana. di suatu pondok, ramai. ada kenalan sepertinya sudah lama aku kenal. yang lain sedang bersolat dan tiba-tiba terjumpa 'seorang' yang agak cantik, masih segar ingatan dia masih ada dalam keadaan ada air sembahyang juga.

seorang kenalan datang membisikkan dan berkata "you should try to propose". lalu terjaga la diri di alam dunia. dan diri tiba-tiba laju menggapai telefon di tangan dan melihat jam. bibir tersenyum. waktu ini ke yang dikatakan teman di alam lain itu harus aku "propose"? :'D

dan lantas, laju, diri gagah bangkit dan segera dalam keadaan seperti teman di alam lain tadi. hehe. semoga dengan tanda bangkit aku ini dapat diterima juga sebagai tanda aku meng"propose" si dia di alam sana :'] hm.